Oleh Bruce Tan, Harakah
Bulan Februari 2010 akan membawa tahun baru Cina dengan warna merah 'ang pow' dan ledakan mercun untuk mengingatkan kita tentang tahun berserabut telah pun berlalu. Ia juga menjadi saksi kepada bermulanya pertarungan di mahkamah yang dinanti-nantikan, di mana Anwan akan mempertahankan diri daripada dakwaan sodomi secara rela dengan bekas pembantunya.
Ini adalah medan perang yang Anwar tidak akan melawan sendirian. Berjuta akan mengikuti perbicaraan hentakan demi hentakan. Bukannya Anwar seorang yang dibicarakan, tetapi kehakiman, badan-badan penguatkuasa dan juga reputasi Perdana Menteri Najib sendiri. Olehkerana Anwar adalah pemimpin pembangkang di Malaysia, ia bukannya pertarungan mempertahankan maruah dan kebebasan seorang manusia tetapi satu pertarungan mikrokosm untuk masa depan politik sebuah negara.
Sabitan untuk Anwar akan mengakhiri kerjaya politik untuk selamanya tetapi hanya jika Barisan Nasional menang pilihanraya umum yang akan datang. Jika Pakatan Rakyat boleh memilikki kuasa akan ada cara untuk memulihkan kerjaya politiknya dengan dimulakan semakan ke atas kehakiman hinggalah kepada membetulkan ketidakadilan.
Jika segala dakwaan-dakwaan diketepikan, perundangan Malaysia akan mendapat suntikan yang diperlukan untuk memulih reputasi buruk dan Najib akan mendapat markah penghargaan kerana tidak campurtangan sungguh pun kerajaan pula yang akan mendapat lebam di mata. Tetapi jika Anwar disabitkan bersalah dalam perbicaraan, yang mana telah pun secara meluasnya dianggap sebagai lawak kepada perundangan, satu getaran yang besar akan dihasilkan dan boleh memalapkan peluang-peluang BN untuk bertahan daripada serangan-serangan oleh PR dalam pilihanraya.
Jangan buat salah tentang hal ini. Ianya bukan sekadar meyakinkan hakim tetapi juga orang awam. Pada sesetengah orangkuat UMNO, perbicaraan yang cepat oleh rakan hakim kemudian hantar ke penjara adalah ubat yang BN perlukan untuk memusnahkan PR dan dapat menjamin kesinambungan politik. Tetapi keadaan ini adalah sama dengan seorang bodoh yang memotong dahan dan dia berada pada dahan yang dipotongnya.
Persepsi Umum
Apakah persepsi umum tentang kes liwat terakhir ini? Kejadian-kejadian yang membawa kepada kepada pendakwaan ke atas Anwar dan medan perbalahan di mahkamah untuk perbicaraan yang betul tidak memberikan keyakinan yang semuanya teratur.
Yang dituduh, Saiful tidak berkelakuan seperti seorang mangsa rogol yang trauma dan malu dengan perlakuan yang dituduh. Pendedahan umum yang dia telah bertemu Najib dan seorang pegawai polis di Hotel Shah Alam sebelum membuat lapuran polis dan juga gambar-gambar foto beliau bersama dengan pemimpin-pemimpin atasan UMNO tidak mengukuhkan kesnya.
Untuk melengkapkan lagi, Anwar pula didakwa melakukan liwat secara rela walaupun yang membuat tuduhan telah secara umum menyatakan bahawa dia dipaksa dan telah pun membuat sumpah di sebuah mesjid. Kenapa Anwar didakwa dengan liwat secara rela sedangkan kerajaan tidak sama sekali menunjukkan minat untuk memaksakan undang-undang purba ini ke atas mereka yang sememangnya homoseksual?
Dengan wujudnya dua lapuran perubatan yang bebas mengesahkan bahawa mangsa yang dinyatakan tidak pernah pun disetubuhi sepatutnya boleh menghancurkan kes ini sepenuhnya tetapi dalam kes ini tidak berlaku demikian.
Kegilaan putarbelit undang-undang oleh pihak pendakwa juga tidak meyakinkan mereka yang ragu-ragu. Anwar pada mulanya didakwa di Mahkamah Majistret yang sememangnya layak untuk mendengar kes ini kerana ia tidak melibatkan hukumuan mati. Tetapi pendakwa bersungguh-sungguh untuk memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi seolah-oleh keseluruhan kes ini bergantung kepadanya.
Jika pihak pendakwa mempunyai bukti yang kukuh bahawa Anwar boleh di dakwa di mana-mana mahkamah oleh mana-mana hakim, jadi usaha bersungguh-sungguh untuk memindahkan kes tanpa alasan yang baik adalah tidak diperlukan.
Lagipun perselisihan tentang keengganan untuk menyerahkan testimoni daripada saksi seperti yang dikehendakki dalam Kod Prosedur Jenayah telah memburukkan pendakwaan yang tidak yakin kepada kekuatan bukti yang mereka milikki, jadi mereka perlu untuk lakukan perbicaraan secara memerangkap.
Ketahuilah Kebenarannya
Peguam tahu betapa susahnya untuk membuktikan kes rogol yang tulin kerana perbuatan berkenaan selalunya dilakukan tersembunyi dan tidak didengari oleh saksi-saksi, jadi apakah peluang untuk membuktikan kes yang tidak pernah berlaku?
Usaha yang besar adalah perlu untuk menguruskan pentas bagi penciptaan bukti di mahkamah. Saksi-saksi perlu dilatih, testimoni yang diberikan perlu tepat dan berkaitan antara satu dengan yang lain, keterangan yang diragui perlu dicipta bagi kejadian-kejadian yang bertentangan dan saksi-saksi perlu ingat apa yang dicakapkan dan apa yang perlu dicakap. Untuk menjadikan ianya lebih mencabar, kesemua perangkap perlulah boleh dipakai di mahkamah di bawah soal jawab peguam-peguam yang aggressif. Walau sebaik mana pun perancangan, sesuatu yang tidak dijangka boleh menghumban spanner ke atas kerja-kerja ini dan meruntuhkan binaan ini.
Kebenaran biasanya akan keluar sama seperti air yang meleleh dari tangki yang bocor. Tutup satu lubang dan air akan mencari jalan lain untuk keluar. Tutup lagi, maka akan banyak lagi lubang yang akan muncul.
Apa yang telah berlaku semasa perbicaraan liwat Anwar 11 tahun yang lalu sepatutnya membuatkan konspirator terkedu. Tarikh kesalahan pada asalnya ditetapkan pada satu malam di bulan May 1994. apabila yang menuduh, iaitu Azizan memberikan keterangan yang dia tidak pernah diliwat selepas 1992, dakwaan ditukar kepada satu malam di bulan May 1992. Apabila pihak pendakwa diberitahu bahawa Tivoli Villa, iaitu tempat di mana kesalahan tersebut dilakukan belum di bina dalam tahun 1992, dakwaan diubah kepada satu malam antara Januari dan March 1993. Bila pihak pembela mengeluarkan invois menunjukkan yang apartment berkenaan masih dibaiki pada masa berkenaan, hakim tidak mahu menerimanya.
Adakah saksi-saksi mempunyai ketahanan mental untuk berlakun di bawah tekanan soal balas? Dalam kes liwat yang lalu, Azizan tidak mampu bertahan. Dia telah ditanya tiga kali samada dia telah diliwat, dan dia mengaku tidak pernah diliwat. Hanyalah hakim yang telah menyelamatkan kes pendakwaan.
Kes liwat tahun 1999 adalah secara meluasnya dianggap sebagai satu yang palsu. Pihak pendakwa dalam Liwat II perlu lakukan lebih baik, supaya dapat meyakinkan pihak umum yang dah tidak percaya.
Sukarela atau tidak?
Anwar telah didakwa di bawah Section 377B penal code kerana melakukan secara sukarela persetubuhan luar tabii. Ini adalah berbeza daripada section 377C dimana seseorang telah melakukan persetubuhan luar tabii tanpa kerelaan atau secara paksa ke atas pihak yang satu lagi.
Section 377A mendefinisikan persetubuhan luar tabii. Kepelikan daripada keterangan ini adalah seseorang yang melakukan kemasukan sahaja yang boleh didakwa. Tapi, jika perlakuan ini adalah secara sukarela, kenapa Saiful tidak didakwa juga kerana perlakuan tidak senonoh?Walau pun terdapat percanggahan antara dakwaan dan pendirian umum tentang saksi utama, yang secara terbuka menyatakan bahawa liwat itu adalah paksaan ke atasnya. Apabila perbicaraan bermula, perkara pertama perlu diajukan kepada Saiful adalah untuk mengisytiharkan samada liwat itu adalah secara sukarela atau tidak.
Jika Saiful masih menyatakan bahawa perlakuan berkenaan adalah bukan kehendaknya, dakwaan perlu dipinda untuk mengikut Section 377C atau ianya adalah tidak betul dan perlu ditolak. Sememangnya ada perbezaan jelas antara perlakuan secara rela dan secara paksa, dan kita tidak boleh melihat seseorang diadili kerana liwat secara rela, sedangkan pasangannya pula menyatakan dia dipaksa. Ini adalah sesuatu yang bertentangan dengan logik dan keadilan sejagat.
Sudah tentu liwat secara paksa adalah sukar untuk dibuktikan terutamanya bila pesalah yang didakwa adalah seorang 62 tahun menghadapi masalah belakang dan dianya pula lebih muda dan kuat, tetapi itu adalah masalah kepada pihak pendakwa. Pihak pendakwa tidak boleh memilih jalan lebih mudah dengan mendakwa tidak mengikut realiti sebenar yang berlaku.
Jika Saiful menukar nada untuk mengaku bahawa ianya adalah liwat sukarela, perbicaraan boleh diteruskan tetapi bom masa politik akan terdetik. Ini adalah kerana dia telah bersumpah dalam mesjid di hadapan akhbar dan kamera TV yang perlakuan itu adalah bukan kemahuannya, yang mana BN telah pun menjadikannya sebagai modal semasa kempen di Permatang Pauh. Pengakuan ini akan menjadi perosak kepada BN di kawasan yang pengaruh Melayu yang berpegang kuat dengan agama, tetapi apa yang ditanam itulah hasilnya.
Bukti DNA
Daripada apa yang telah terbit daripada usaha Anwar untuk mendapatkan bukti daripada pihak pendakwa, nampaklah yang bukti utama yang akan dipakai adalah DNA.
Di negara-negara lain bukti DNA adalah tambahan kepada bukti-bukti sedia ada. Ianya tidak boleh diguna berasingan dan akan diguna hanya untuk menyokong bukti-bukti lain yang terkumpul. Jika DNA menujukkan bahawa pembela berada di kawasan jenayah, tetapi saksi-saksi membuktikan yang dia berada di tempat lain, bukti DNA itu perlu ditolak. Ini adalah fakta yang ujian DNA bukannya kebal daripada kesilapan dan pencemaran.
Satu lagi perkara penting adalah pengesahan bebas. Sebahagian daripada sampel DNA asal perlulah ada kepada pihak pembela untuk membolehkan dia mendapatkan pakar sendiri untuk mengesahkan hasilnya, jika tidak ia sekadar kata daripada pihak yang menguji berlawan dengannya. Tetapi dalam kes Anwar, pihak pendakwa telah tidak mahu menyerahkan sampel DNA kepada beliau.
Dalam kes liwat terdahulu, ahli kimia Lim Kong Boon menyatakan bahawa kesan pada cadar mengandungi DNA daripada Anwar bercampur dengan DNA beberapa wanita. Tetapi dalam soal balas yang bijak, kaedah dan kepakaran yang dia gunakan telah runtuh dan dia terpaksa mengaku yang DNA Anwar mungkin telah diletakkan secara segaja. Hakim telah pun mengeluarkan bukti DNA daripada perbicaraan.
Dalam inkues ke atas Teoh Beng Hock, pihak patologi kerajaan mengaku yang sampel-sampel telah dicemari oleh mangsa kemalangan memberikan keraguan ke atas kecekapan dan metodologi yang diguna.
Olehkerana ada dua hari kelewatan antara perlakuan yang didakwa dan lapuran polis yang dibuat oleh Saiful, dan kemungkinan lebih lama untuk ujian kesihatan, sebarang cadangan yang ada DNA boleh dipakai diperolehi daripada dubur Saiful adalah melampaui batas khayalan kerana bukti berkenaan sudah tentunya musnah apabila dia ke bilik air untuk buang air.
Dengan orang awam mulai meragui bukti DNA, usaha untuk menggunakan bukti DNA yang tidak disokong dan disahkan hanya kerana untuk meyakinkan orangramai tentang kesalahan Anwar, tentulah lebih teruk dan tidak boleh dipakai. Bukti yang diragui seperti ini akan mengukuhkan anggapan bahawa Anwar telah diperangkap.
Sesuatu yang diharapkan daripada pihak pendakwa adalah untuk mengeluarkan lebih banyak daripada peti supaya boleh membentangkan kes yang kejap. Rakyat Malaysia mengharapkan yang lebih baik daripada penghakiman 1999 di mana Anwar telah pun dijatuhkan hukuman hanya kerana testimoni seseorang yang pada pendapat hakim, "tidak ada sebab untuk berbohong".
Seorang Lelaki berjuang untuk kebebasan, sebuah negara berjuang untuk masa depannya
Jika Anwar disabitkan kesalahan, ianya perlu kepada bukti-bukti yang kukuh dan tidak ada ruang untuk keraguan. Berulangnya perbicaraan 1999 dengan penghakiman yang tidak meyakinkan sesiapa pun dan hukuman yang melampaui jenayah yang disabitkan akan mengecewakan Malaysia.
Sungguh pun keadaan nampak tenang di permukaan, masyarakat awam menjadi takut dengan kerakusan kuasa dan keadilan yang disekat. Amanah antara kerajaan dan rakyat telah pun dimungkiri dan hormat kepada kerajaan dan kesahihan pemerintah mulai dipersoalkan. Gelombang tidak puas hati akan wujud dan lama kelamaan ia akan muncul apa cara sekali pun.
Perjuangan Anwar untuk membersihkan namanya adalah satu detik bersejarah untuk Malaysia. Ini bukannya tentang perjuangan seorang lelaki untuk keadilan tetapi petunjuk tentang jalan yang diambil oleh negara ini. Selagi institusi demokratik dirosakkan, tidak ada orang Malaysia yang akan selamat daripada pendakwaan yang tidak adil, dan sesiapa yang ada pertalian walau pun bersalah boleh lepas dari hukuman. Ia juga bererti tidak ada lagi "check and balance" untuk menghalang atau membetulkan salahlaku dan salahguna kuasa seperti rasuah dan penyalahgunaan sumber negara.
Negara ini menunggu dengan nafas tersekat-sekat untuk melihat cabang pembentukan negara ini, bertanya samada kita akan menjadi negara demokrasi yang lebih matang atau tergelincir menuruni cerun ke arah negara yang gagal seperti Zimbabwe dan Myanmar.
Wednesday, February 3, 2010
Liwat II: Sebuah Negara Bersedia Untuk Dibicarakan
Labels:
Agenda Baru,
AIC,
Aktiviti,
Analisis,
Antarabangsa,
Anwar,
Anwar Ibrahim,
Isu Semasa,
KeADILan,
Mahkamah,
Malaysia,
Pakatan Rakyat,
Pilihanraya,
PKR,
politik,
Propaganda and Umno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment