Sunday, January 17, 2010

Hakim gariskan 4 sebab Herald dibenar guna kalimah ‘Allah’

KUALA LUMPUR, Jan 17 — Penghakiman kontroversi Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Lau Bee Lan berhubung permohonan penggunaan kalimah “Allah” menggariskan empat alasan iaitu tindakan Menteri Dalam Negeri dan kerajaan adalah tidak sah, tidak berperlembagaan, tidak rasional dan gagal memuaskan bahawa penggunaannya adalah satu ancaman kepada keselamatan negara.

Dalam penghakimannya, beliau menekankan tentang elemen konflik dalam soal antara Perlembagaan Persekutuan dan enakmen pelbagai negeri selain tuntutan kumpulan-kumpulan agama Islam bahawa perkara tersebut tidak boleh dibawa ke mahkamah sivil.

Hakim itu mengeluarkan alasan-alasan bertulis berhubung keputusan yang beliau buat pada 31 Dis lalu lewat Jumaat lalu ketika kontroversi berhubung penghakimannya berterusan sehingga kini dengan mencetuskan ketegangan agama, berakhir dengan serangan dan perbuatan vandalisme ke atas gereja, kuil Sikh dan masjid.

The Malaysian Insider memperoleh penghakiman bertulis setebal 57 muka surat ini, di mana beliau memberikan alasan-alasan secara terperinci berhubung keputusan lisannya tempoh hari.

Hakim Lau memutuskan bahawa Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia, yang masing-masing dinamakan sebagai responden pertama dan kedua, mempunyai budi bicara di bawah Seksyen 12 Akta Mesin Cetak dan Percetakan untuk mengeluarkan ataupun membatalkan permit kepada Biskop Kuala Lumpur Rev. Tan Sri Murphy Pakiam iaitu pemohon untuk menerbitkan akhbar mingguan Herald.

Bagaimanapun beliau menambah, responden-responden telah membuat keputusan yang tidak sah, tidak berperlembagaan dan tidak logik apabila melarang akhbar mingguan Katolik itu daripada menerbitkan perkataan “Allah” di bahagian Bahasa Malaysia.

BACAAN LANJUT DI SINI...

No comments:

Post a Comment