CARA #1
Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk. Ini kerana ia
mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding
waktu panas siang hari yang banyak wap sahaja. Sekiranya anda perhatikan,
jika isi minyak di waktu tengah hari petrol akan meruap lebih cepat dan
membuatkan ia dapat dibau dengan terlalu ketara. Oleh dengan itu, bagi
mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan
amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.
CARA #2
Isi minyak dengan perlahan-lahan (tidak berterusan) supaya cecair petrol
dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol
meruap bebas akan membazirkan minyak anda.
CARA #3
Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana lagi banyak baki minyak
dalam tangki akan mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda akan
dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.
CARA #4
Kurang beban atau berat – Jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda
bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan
minyak sebanyak dua peratus.
CARA #5
Perhatikan tayar anda, mesti ada tekanan angin mesti betul. Jika tidak,
penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran lebihan.
CARA #6
Penyelenggaraan – Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak
hingga lebih 50 peratus. Jangan malas check tahap palam pencucuh, tali kipas
dan penapis udara diperiksa secara berkala.
CARA #7
Kelajuan – Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan
tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan
dengan ketara penggunaan minyak Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j,
penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j
(25 peratus).
Ia berbeza bagi setiap cc kereta, lagi tinggi cc lagi banyak minyak dibakar.
CARA #8
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang.
Elakkan menekan pedal minyak enjin ketika kenderaan tidak bergerak..
CARA #9
Penggunaan gear – Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear
rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin
menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta
anda
memilikinya.
CARA #10
Brek – Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan
secara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.
CARA #11
Perancangan – Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan. Anda juga boleh buat
multi task kerja anda.. iaitu dgn memaksimumkan sebaik mungkin satu
perjalanan dgn pelbagai kerja.. misalnya balik kerja dari opis boleh singgah
beli barang rumah kat memana berdekatan. So ujung minggu dah x perlu lagi
nak kuar kereta lagi.. minyak pun save...
CARA #12
Minimum – Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan
penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna
basikal atau motosikal saja berbanding kereta.
CARA #13
Tak perlu pasang aircond kete kalo cuaca dah sejuk.. atau matikan aircond
apabila dah nak dekat sampai destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10%
apabila menggunakan aircond.
CARA #14
Tok sah merempit cilok sana sini.. Kalo boleh perlu bijak tekan pedal
accelerator dengan berhemah.. kalo nak jimat kenalah bawa bersederhana tak
yah laju-laju.. yang penting rileks dan steady saja.. Kalo nak racing gi
masuk Sepang Circuit...
CARA #15
Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu utk melancarkan pergerakan
kereta. Jika tidak, kete anda akan bertambah geseran dan perlahan dan
menyebabkan anda menekan minyak lebih byk untuk bergerak.
CARA #16
Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu peak hour.. kalo KL biasanya pegi
awal keje sebelum jalan utama sibuk. Sbb bila jem, makin kuat minyak habis
terutamanya auto. Kalo bole guna kete manual.. bagi mereka yang nak
jimatlah.. kalo auto ni mmg makan minyak daripada manual.
CARA #17
Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis ... Tukar minyak
pelincir mengikut jadual - selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan
juga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk memaksimumkan
keberkesanan enjin. Bab ini kene tanya mekanik yang lebih arif mengenai
kereta anda.
CARA #18
Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat setelah enjin
dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk warming up kerana ia akan
membazirkan minyak sahaja.
CARA #19
Guna NGV berbanding petrol. Sekarang ni NGV sudah semakin popular sejak
kenaikan harga petrol. Sehingga kini banyak kedai NGV installer/conversion
sudah kehabisan stok dan pelanggan terpaksa menunggu giliran. Apa yang
bagusnya adalah anda boleh ‘switch’ memana jenis minyak anda mahukan, sama
ada NGV semasa di jalan bandar atau petrol semasa berada perjalanan jauh.
Cumanya perlukan ruang di belakang kereta anda untuk letakkan tangki NGV dan
ini akan makan space sedikit. Selain itu NGV lebih mesra alam dan kurang
pencemaran berbanding petrol biasa. Harganya jauh lebih murah iaitu dalam
lingkungan RM0.635 seliter. Untuk info lanjut, anda disarankan mencari NGV
installer yang bertauliah dan dapatkan pandangan yang boleh
dipercayai di forum AutoWorld.
CARA #20
Tip saya yang terakhir.. Tingkatkan pendapatan passive income anda...
Sekiranya harga petrol naik 40%, ini bermakna anda perlu mencari pendapatan
tambahan untuk penggunaan petrol kenderaan anda. Namun, jika anda sudah
mulakan perniagaan sendiri, mempunyai passive income yang stable, maka ia
tidak akan menjadi masalah di masa akan dating sekiranya harga petrol naik
lagi. Lagipun dalam hadis Nabi ada menyatakan 9/10 punca rezeki itu
datangnya dari perniagaan. Sepatutnya kita praktikkan sunnah ini yang mana
hikmahnya besar
dari website nie: http://www.hydrox.sutraworlds.com/

No comments:
Post a Comment